Sunday, 12 August 2012

Keburukkan mengamalkan minum TEH AIS !


Assalamualaikum w.b.t.

kawan2, dibulan puasa ni bla sebut jer pasal air memang mengeliurkan. . betol x?? apa pendapat korang bia tgok air TEH AIS kat bawah ni?? mest xsbr nk tunggu berbuka nanti kan. . sebenarnya kali ini, eyka nk share dengan korang tentang keburukan minum air teh ais secara kerap atau boleh dikatakan minuman harian la. . 




Siapa tak suka minum teh ais? Rasanya yang manis,membuatkan teh ais menjadi minuman kegemaran orang ramai.

Populariti teh ais terbukti dengan kehadirannya di hampir semua tempat makan dari warung hinggalah restoran mahal.

Tapi tahukah korang, di balik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi merbahaya bagi kesihatan.Kajian di Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengungkap bahawa minum teh ais berlebihan dapat meningkatkan risiko sakit Batu Karang! 

Teh ais mengandungi salah satu bahan kimia yang memacu pembentukan batu karang di dalam badan kita.

"Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang,teh ais jelas menjadi minuman terburuk," kata Dr John Milner, asisten professor Departmen Urologi.

Secara teorinya,Batu Karang adalah batu kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam air seni, ginjal atau saluran kencing.Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.

Kajian juga mengungkap sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan kesan buruk. Mereka menyebut antara lainnya bayam, cokelat, kacang, garam, dan daging.

Sebaiknya,pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu haruslah secara terancang demi kesihatan ginjal.Makanan yang tinggi kalsium adalah sangat baik sekali untuk kesihatan kita.Dan yang paling penting,perbanyakkan lah minum air putih (air suam) mengikut keperluan badan korang ok. . 


sekiranya teh ais tu minuman kegemaran, korang bukan la xboleh minum. . tp jangan amal minum teh ais tiap hari jer. Semoga kita sama2 menghindarkan diri dari penyakit. . walaupon sesungguhnya Allah yang menentukan tp kita sebagai manusia selagi mampu,kita perlu mencegahnya. . ~wasalam~

3 comments:

  1. yup Aril Lanang, eyka ahli vip club tun teja.. aril da join?

    ReplyDelete
  2. kalau teh o ais pun sama bahaya cam teh ais ke?

    ReplyDelete